i'm wondering ...
kenapa apabila kita berikan sesuatu penjelasan atau pun kita memberi cadangan atau nasihat,bukan semua orang dapat menerima nya ....
contohnya,my Gf ....
dia seorang yang manja dan selalu minta diberikan perhatian ... so apabila saya cuba untuk memberi dia nasihat atau pun sesuatu yang baik pada diri nya,dia akan selalu mencari kesilapan dalam hal tersebut ...
contohnya kejadian hari rabu tempoh hari yang berlarutan sampai sekarang ni .. pada masa itu saya tahu yang dia terburu-buru sebab ada benda yang patut dikejarnya tapi apa lah salahnya jika dia dapt berfikir secara matang dengan apa yang dilakukan nya itu ...
semuanya berlaku apabila..............
saya dan DIA baru sahaja habis berjumpa dengan rakan2 saya and dia tengah rushing untuk pergi ke hospital and saya kena temankan dia untuk balik...
(lari sedikit dari cerita tapi masih berkait:selalunya apabila kami berdua berjumpa saya akan menemani nya pulang ....so kami akan ambil bas..bas yang saya naiki itu akan sampai terus ke rumahnya so saya kena turun di suatu tempat untuk mengambil bas yg akan menuju ke rumah saya sebab tempat tinggal kami dipisahkan oleh satu tempat yang namanya batu4@kim fung ... so saya akan turun di kim fung dan baru lah saya pulang dengan bas yang selalu saya naiki:berbalik kepada cerita asal)
so saya kena temankan dia untuk turun di hospital...untuk pengetahuan anda,hospital itu jaraknya agak jauh dari kim fung dan kebanyakkan bas akan melalui jalan hospital itu termasuk lah bas saya dan bas GF saya ... masalahnya pada hari itu dia seperti mahu saya temankan dia untuk pergi ke hospital padahal pada masa itu bas sudah pun hampir penuh dan mdia seat untuk kami berdua.... so dengan hati yang amat terasa ini saya pun temankanlah dia walaupun duduk di tempat yang berasingan... so apabila sampai sahaja di hospital tu dia turun sambil memandang saya sedangkan saya sedikit pun tidak memandangnya.... then saya teruskan perjalanan atas bas tu dengan perasaan bodoh yang melampau dan turun di kim fung ... saya rasa macam tiada guna saya naik bas tuh ... merugikan masa dan wang ringgit ...



so saya terasa macam dipergunakan oleh DIA ...kenapa juga DIA mesti buat seperti itu ??? sudah tahu bas tu penuh,kenapa masih mahu saya temankan ?? bukan pertama kali naik bas ... apa salahnya kalau dengan cara baik DIA meminta saya untuk pulang sendiri sahaja atau DIA naik bas yang akan terus menuju ke rumah saya ??? saya rasa cam diperbodohkan di situ ...jadi adakah dia tidak menyedari yang perbuatannya itu adalah salah satu sikap yang kurang matang;pentingkan diri sendiri ???
cuba anda nilai.....

