BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 20, 2011

hari yang penuh ngan ujianNYA

who knows that our life is like a wheel that keep moving !!!?? mungkin tak ramai orang realise benda nie tapi I DID !!! siapa tahu kan ?? hidup ni tak selalunya indah yang kita sangka .. kadangkala kita di atas dan adakala kita di bawah ... macam yang saya sebutkan tadi ... SEPERTI RODA YANG SEDANG BERPUSING ...roda yang sedang berpusing dan sampai satu ketika,IA BERHENTI ... roda yang berpusing ini bukanlah berpusing dengan sendirinya tapi ATAS KEMAHUAN TUANNYA ... sampai satu ketika,bila TUANNYA KATA 'BERHENTI!!!',maka berhenti lah ia ... dan siapa tahu yang semua kejadian ini atas kehendakNYA ?? seperti hari-hari yang sudah saya lalui,penuh dengan cubaan dan dugaan ... kata orang,tuhan tidak akan menguji hambaNYA kecuali hambaNYA itu mampu untuk menghadapinya ... maka bersyukur lah kita dengan ujian yang telah kita lalui kerana DIA tahu apa yang terbaik dan DIA tahu yang kita boleh menghadapinya ... saya bukanlah seorang bijak pandai yang tahu berkata-kata ... saya cuma seorang manusia biasa yang kerdil di sisiNYA ... banyak yang perlu saya pelajari ... selagi nyawa belum tercabut dari badan,selagi nafas masih bisa dihembus,selagi itu saya tidak akan mengalah ... hanya orang-orang yang kalah sahaja yang mempunyai sifat-sifat sebegini ... saya tidak mahu dilabel sebagai seorang yang KALAH ??? melalui prinsip hidup yang senantiasa dipegang,PANTANG MENGALAH SEBELUM MENCUBA,saya akan terus berjuang hingga hembusan nafas terakhir ... biarlah hidup ini penuh dengan kenangan yang akan kita bawa menuju ke dunia abadi ... kita tidak tahu bila masa kita ... mungkin samasa kita sedang bergembira dengan insan yang tersayang ataupun sebentar sahaja lagi ?? kita tidak tahu ... mungkin disaat kita hendak memejamkan mata,mungkin itulah kali terakhir kita melihat dunia ...jadi persiapkanlah diri dengan secukupnya kerana dua makhluk tuhan itu akan menjemput kita pada bila-bila masa sahaja ... mungkin cukup disini sahaja coretan kali ini ... maafkan saya jika terkasar bahasa ...

assalamualaikum.................

No comments:

Post a Comment