Assalamualaikum
Untuk pertama kali dalam sejarah aku menulis blog aku menulis 2 blog dalam 1 hari ... Rasanya tiada kerja yang perlu aku lakukan jadi tidak salah untuk aku meluangkan masa dengan menulis blog ini kan ?? Sebenarnya banyak benda yang aku ingin kongsi di sini.Disebabkan beberapa perkara yang menyekang jadi biarlah kita berkongsi satu persatu,blog demi blog .. OK ??
Baik.Kita mulakan cerita kita kali ini...
Semasa aku menulis blog ini,aku juga sedang mendengar lagu kesukaanku,I HOPE dari kumpulan FT-ISLAND..Kumpulan ini berasal dari korea selatan.Sebenarnya aku menyukai lagu ini bukan sahaja dari lagunya tetapi juga dari maksud tersurat yang ada dalam lirik lagu ini...
Lagu ini mengisahkan seorang pemuda yang menyayangi kekasihnya sehingga pemuda ini tidak mampu untuk memandang ke arah wanita lain...
Pada awal lirik lagu ini menceritakan pemuda itu menunggu khabar dari kekasihnya yang sekian lama tidak bertemu.Hatinya amat sakit tetapi pemuda itu berkata ini hanya sementara...Aku cuba untuk menghiburkan hatiku.Rasa kosong yang kau tinggalkan semakin besar dan membesar...
Pemuda itu meluahkan perasaanya.Dari lirik lagu ini kita dapat menilai betapa besar dan tinggi harapan pemuda itu terhadap kekasihnya itu...Jelas sekali yang pemuda itu tidak mampu untuk melihat ke arah wanita lain kerana hatinya telah tertaut pada kekasihnya...Walau sejauh mana kekasihnya itu,walau berapa lama tidak ketemu,pemuda itu tetap akan menunggu kekasihnya...
Oleh kerana itulah aku menyukai lagu ini...Mempunyai maksudnya yang tersendiri dan mesej yang ingin disampaikan kepada pendengar...Keadaan pemuda dalam lagu ini begitu menyerupai keadaan aku sekarang...Walau jauh mana sekalipun,walau lama mana sekalipun,aku akan tetap menunggu DIA ...
Baiklah,aku akan selitkan makna sebenar lagu I HOPE itu... Semoga maksud lagu itu sampai kepada orang yang ingin aku sampaikan...
Oklah,sampai disini sahaja perkongsian yang ingin aku kongsikan... Semoga bertemu lagi ...
Salam ...
(p/s:to ayg,I HOPE this song will tell you all about our relationship... I LOVE YOU FOREVER )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment