Assalamualaikum ...
Nampaknya baru sehari aku tidak update blog ni dan terasa sudah 10 hari... Bagaimana pula dengan hari-hariku selepas ini ?? Mungkin agak susah sedikit...
Baiklah,kita mulakan cerita kita kali ini ... Hari ini merupakan hari kedua terakhir aku berada di rumah sebelum aku memulakan perjalanan ku kembali ke sekolah ... Pagi tadi mummy menemani aku membeli sedikit barang keperluan aku ketika berada di sana nanti ... Sebelum itu,mummy menemani aku ke stesen bas untuk membeli tiket bas ke kk hari jumaat ini ... Semuanya telah disediakan dan sekarang ini hanya barang-barang yang kecil sahaja lagi untuk disediakan ...
Rasanya aku tidak sabar untuk mengasah kembali kepala otak yang makin lama makin membeku dek terlampau lama berehat dari SPM tempoh hari ... Dan sudah sampai masanya aku mengasah IA kembali ...
Aku berdoa pada tuhan agar tawaran ke INSTITUT PERGURUAN KEJURULATIHAN diluluskan...
Oklah.ada kerja lagi yang perlu aku lakukan ... hehehe ..
Wasalam ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment